Aplikasi Mudah-Alih Groceri

Jimatkan Wang & Masa Setiap Kali Anda Pergi Membeli dengan Groceri

Berdepan dengan peningkatan kos kehidupan dan kenaikan harga barang yang telah memberikan kesan kepada kebanyakkan rakyat di Malaysia, kami ingin membantu untuk melakukan penjimatan dalam pembelian barangan runcit. Apa yang menarik juga adalah, disamping penjimatan, anda juga boleh mendapatkan mata ganjaran apabila anda berkongsi harga dan menebusnya untuk mendapatkan diskaun kepada pembelian anda yang seterusnya.

Teroka Groceri

CIRI – CIRI APLIKASI YANG MENARIK

Aplikasi kami dibangunkan dengan tujuan untuk memberikan maklumat tentang harga barangan kepada semua pengguna agar mereka dapat berbelanja dengan bijak dan mendapatkan nilai terbaik untuk bahan keperluan asasi mereka.

PERBANDINGAN HARGA RUNCIT

Pengguna akan dapat membuat perbandingan harga runcit bagi berbilang produk dan barangan yang dijual di kedai-kedai berdekatan dengan mudah dan cepat.

KUMPULKAN MATA GANJARAN

Untuk menggalakkan perkongsian dikalangan pengguna Groceri, setiap perkongsian harga yang dibuat melalui aplikasi Groceri diberikan mata ganjaran. Mata ganjaran kemudiannya boleh ditukarkan kepada baucar tunai di kedai-kedai yang menjadi rakan kongsi Groceri.

TAWARAN TERKINI

Dapatkan tawaran terkini secara langsung daripada aplikasi kami melalui penggunaan Groceri Go. Tawaran eksklusif kepada pengguna Groceri dibukakan bagi tempoh dan bilangan pengguna yang terhad sahaja. Jadi, gunakanlah Groceri Go pada setiap masa untuk menemui tawaran yang sukar untuk dilepaskan.

TAWARAN BERDEKATAN DENGAN ANDA

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui tawaran dan diskaun berganda daripada kedai yang berdekatan dengan anda.

IKLAN PERNIAGAAN

Temui iklan tawaran produk dan diskaun khas daripada peruncit dan peniaga melalui aplikasi mudah-alih Groceri.

TEBUS GANJARAN

Tebus mata ganjaran untuk mendapatkan baucer dan diskaun di kedai-kedai pilihan dan kegemaran anda.

Cari Produk & Bandingkan Harga Berdekatan

Mulakan carian dengan menaip nama produk dan kami akan menyenaraikan kedai-kedai yang menjual produk tersebut dan juga harga jualan di kedai-kedai tersebut.

Harga perbandingan daripada kami adalah yang terkini yang telah dimuatnaik dan dikongsikan oleh para pengguna dan pembeli yang lain seperti anda.

Kami Membandingkan Harga Daripada Kedai Kegemaran Anda

Buat senarai barang keperluan anda dan simpan di dalam aplikasi Groceri. Senarai simpanan barangan di dalam Groceri boleh dibuat perbandingan harga keseluruhan di setiap kedai yang berdekatan. Dengan cara ini, anda akan mengetahui jumlah perbelanjaan anda setiap bulan tanpa sebarang kejutan.

Dapatkan Mata Ganjaran

Kongsikan harga barangan runcit dengan pembeli yang lain. Apabila semua orang mula berkongsi harga, semua orang akan beroleh manfaat dengan mendapatkan harga murah dan terkini. Apabila anda berkongsi harga menggunakan aplikasi Groceri, anda memperolehi mata ganjaran yang boleh ditebus kepada baucer dan diskaun. Sekarang pembelian anda juga akan menjadi lebih bermanfaat dengan Groceri.

Mengenai Groceri

Platform perkongsian mudah-alih Groceri menjadikan perkongsian harga runcit lebih mudah dan memberikan faedah kepada pengguna dengan memberikan perbandingan harga yang lebih tepat dan seterusnya penjimatan yang lebih besar apabila membeli barangan runcit. Marilah kita bersama-sama membina sebuah komuniti pengguna bijak di Malaysia.

Dapatkan App Percuma